empty
 
 
21.10.2024 01:09 PM
Ramalan untuk GBP/USD pada 21 Oktober 2024

Pada carta setiap jam, pasangan GBP/USD membuat beberapa percubaan pada hari Jumaat untuk stabil di atas paras pembetulan terdekat sebanyak 127.2% pada 1.3054. Semua percubaan gagal. Oleh itu, penurunan dalam sebut harga mungkin disambung minggu ini ke arah zon sokongan 1.2892–1.2931. Penstabilan di atas tahap 1.3054 pada percubaan keempat boleh mencetuskan kenaikan dalam pound, dengan sasaran pertama pada 1.3151.

This image is no longer relevant

Situasi dengan gelombang tidak menimbulkan kebimbangan. Gelombang kenaikan terakhir yang selesai (26 September) tidak melebihi puncak gelombang sebelumnya, manakala gelombang penurunan, yang telah terbentuk selama 17 hari, dengan mudah melepasi paras rendah gelombang sebelumnya pada 1.3311. Oleh itu, aliran "menaik" kini dianggap telah lengkap, dan aliran "menurun" telah bermula. Gelombang pembetulan ke atas boleh dijangka dari tahap 1.2931, tetapi isyarat teknikal perlu terbentuk terlebih dahulu.

Pada hari Jumaat, pound mendapat sokongan daripada laporan jualan runcit UK, yang menunjukkan peningkatan 0.3% berbanding jangkaan pedagang sebanyak -0.3% m/m. Ini secara sementara menghentikan penjualan berterusan pound British oleh pasaran "pnurunan harga". Pada sebelah petang, AS mengeluarkan laporan mengenai permit bangunan, yang berada di bawah jangkaan pasaran, manakala jumlah pembinaan rumah yang bermula menepati ramalan. Data AS yang sedikit lebih teruk daripada yang dijangkakan menghalang dolar daripada menyambung pertumbuhannya pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, seperti yang kita lihat, hari Isnin telah pun dimulakan dengan serangan "penurunan harga". Hanya beberapa laporan penting dijangka dari UK minggu ini, dan laporan tersebut mungkin tidak memberikan sokongan yang banyak bagi pasaran "kenaikan harga". Saya percaya bahawa pasaran "kenaikan harga" telah menjadi lelah, dan pound hanya mungkin mengukuh jika tekanan jualan berkurangan. Tetapi buat masa ini, pasaran "penurunan harga" tidak mempunyai alasan untuk berundur, dan tiada peristiwa atau isyarat penting untuk kedudukan beli yang wujud.

This image is no longer relevant

Pada carta 4 jam, pasangan ini telah bertahan di bawah tahap pembetulan 1.3044, yang mencadangkan penurunan selanjutnya menuju tahap pembetulan seterusnya pada 61.8% di 1.2745. Selama lebih seminggu, perbezaan "menaik" telah berkembang pada kedua-dua penunjuk, menunjukkan potensi pemulihan daripada tahap 1.3044. Namun, pemulihan tersebut tidak berlaku. Selepas itu, pasaran kenaikan harga gagal untuk tutup di atas tahap ini. Pasaran penurunan harga menunjukkan bahawa aliran telah beralih ke arah bawah dan dengan itu mengabaikan perbezaan "menaik". Pembetulan dijangka akan berlaku, tetapi ia mungkin akan berlaku kemudian.

Laporan Komitmen Pedagang (COT)

This image is no longer relevant

Sentimen pedagang "Bukan Komersial" kekal "sangat menaik" sepanjang minggu laporan terakhir. Bilangan kedudukan beli yang dikekalkan oleh spekulator berkurang sebanyak 5,743, manakala bilangan kedudukan jual meningkat sebanyak 1,590. Pasaran menaik masih mempunyai kelebihan kukuh, dengan jurang antara bilangan kedudukan beli dan jual sebanyak 86,000: 152,000 berbanding 66,000.

Pada pendapat saya, pound masih berdepan prospek untuk terus merosot, tetapi laporan COT mencadangkan sebaliknya. Dalam tempoh tiga bulan lalu, bilangan kedudukan beli telah meningkat dari 135,000 kepada 152,000, manakala keduudkan jual berkembang dari 50,000 kepada 66,000. Saya percaya, dari masa ke masa, pedagang profesional akan mula mengurangkan kedudukan beli atau menambah kedudukan jual, kerana semua faktor potensi untuk membeli pound British telah pun diambil kira. Analisis grafik mencadangkan proses ini mungkin bermula tak lama lagi (atau mungkin telah bermula, berdasarkan pembentukan gelombang).

Kalendar Berita untuk A.S. dan UK

Pada hari Isnin, kalendar peristiwa ekonomi tidak mengandungi kemasukan signifikan. Tiada siaran berita penting dijangka mempengaruhi sentimen pasaran hari ini.

Ramalan GBP/USD dan Tips Perdagangan

Peluang menjual muncul setelah pasangan ini pulih pada carta sejam dari paras 1.3425, dengan sasaran pada 1.3357, 1.3259, 1.3151, dan 1.3054. Semua sasaran telah pun dicapai. Kedudukan jual baru boleh dibuka setelah menutup di bawah 1.3044 pada carta empat jam, dengan sasaran 1.2931. Pada masa ini saya tidak nampak sebarang isyarat potensi untuk membeli.

Tahap Fibonacci

Tahap diplotkan antara 1.2892–1.2298 pada carta setiap jam dan antara 1.4248–1.0404 pada carta empat jam.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam Oktober kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget